Jumaat, 16 November 2012

VITAMIN CANTIK (A,C,E)

Assalamualikum...
Ramai orang(terutamanya perempuan) mementingkan penjagaan kulit... Sanggup guna gaji bulan-bulan kita semata-mata nak beli macam-macam produk muka. Korang tergolong tak dengan orang-orang macam ni?hehe.. ke korang jenis yang tengok je ade produk baru kat tV..laju je nk pg guardian la..watson la sebb nk beli bende2 alah ni nak tepek kat muke?
Ok2.. korang jenis kulit yang macam mana? jerawat? kusam? jeragat? berkedut? tak bermaya?
tak kiralah apa pun jenis kulit korang..tp bile PRODUK MUKA tak berkesan, mungkin punca kulit korang jd mcm tu sebb dalaman. Apa maksud Aisya dalaman?
maksud Aisya... bende2 yg korang makan tu tak betul menyebabkan badan korang tidak dapat menghasilkan kolagen untuk badan dan tak dpt la kulit nk mmperbaharui sel kulit...
Vitamin apa yang bagus untuk kulit ya? Aisya paggil vitamin ni, Vitamin Cantik... which are.. A,C dan E.. =)
 Jom kite tngok khasiat2, n kat mana kita nak dpt Vitamin2 ni...

VITAMIN A

khasiat/fungsi:

Vitamin A adalah salah satu daripada keluarga vitamin larut lemak. Retinol salah satu jenis vitamin A ialah bahan yang sangat aktif atau berguna dan ia didapati daripada haiwan seperti hati dan telur.  Ia boleh ditukarkan menjadi retinal dan retinoic acid, iaitu jenis lain dalam keluarga vitamin A.Vitamin A diperlukan untuk tumbesaran , tulang dan gigi yang kuat bagi kanak-kanak. Ia juga perlu untuk penglihatan yang normal dan struktur gigi yang sihat. Ia membantu memelihara kulit yang sihat dan mencegah lapisan mulut, hidung, tekak, paru-paru, penghadaman dan salurkencing dari dijangkiti kuman. Vitamin A juga menolong badan kita mengatur sistem kekebalan (immune system) di mana sistem kekebalan badan ini membantu mencegah atau melawan jangkitan dengan membuat sel darah putih yang  menghapuskan bakteria dan virus merbahaya.

 sumber:
telur, susu, dan hati adalah di antara sumber semulajadi makanan yang kaya dengan vitamin A. Vitamin A terdapat pada bahagian lemak susu, oleh itu ia tidak terdapat pada susu tanpa lemak. Kebanyakan susu/susu tepung tanpa lemak yang terdapat di pasaran telah diperkayakan dengan vitamin A. Terdapat banyak makanan yang diperkayakan seperti bijirin sarapan pagi yang mengandungi vitamin A.

kekurangan: 
  • rabun malam
  • kekeringan pada bahagian mata
  • tulang dan gigi menjadi lemah
  • kulit kering dan gatal
  • hilang selera makan
  • selaput di mata putih


VITAMIN C 

khasiat/fungsi:

Vitamin C ialah antioksidan yang diperlukan oleh sekurang-kurangnya 300 fungsi metabolik dalam badan, termasuklah pertumbuhan dan penggantian tisu, fungsi kilang adrenal,  dan untuk gusi yang sihat.  Ia menolong dalam pengeluaran hormon anti-stress dan interferon, sejenis protin sistem imuniti yang penting , dan diperlukan juga untuk metabolisma folik asid , tairosin, dan phenylalanine.  Kajian menunjukkan bahawa dengan mengambil vitamin C boleh mengurangkan gejala penyakit asma. Ia mencegah daripada kesan merbahaya pencemaran , menolong mencegah kanser, memelihara daripada jangkitan, dan meningkatkan imuniti. Vitamin C meningkatkan penyerapan zat besi. Ia boleh bercantum dengan bahan toksik seperti sesetengah logam berat, dan menjadikan mereka tidak merbahaya, oleh yang demekian bahan tersebut boleh dinyahkan daripada badan. Sedangkan racun labah hitam yang bisa boleh ditawarkan dengan memberi vitamin C dalam dos yang tinggi. Vitamin ini juga boleh mengurangkan paras "low-density lipoproteins" (LDL) atau kolestrol yang tidak baik , dan pada masa yang sama meningkatkan " high-density lipoproteins " (HDL) atau kolestrol yang baik , juga menurunkan tekanan darah tinggi dan membantu mencegah " atherosclerosis" . Ia juga sebagai keperluan dalam pembentukan collagen, vitamin C mencegah daripada pembekuan darah yang tidak normal dan lebam , boleh mengurangkan risiko katarak (cataracts), dan mencepatkan penyembuhan luka dan terbakar. 

sumber: Oleh kerana badan kita tidak boleh menghasilkan vitamin C, ia mestilah diperolehi melalui makanan atau dalam bentuk tambahan. Agak malang, kebanyakkan vitamin C yang diperolehi daripada makanan hilang dalam air kencing. Vitamin C diperolehi daripada buah beri, buah-buahan sitrus, dan sayuran hijau. Sumber yang baik termasuk asparagus, avocado,  black currants, kobis bunga,  anggur, kubis, lemon, mempelam, biji sawi hijau, bawang, oreng, betik, kacang peas hijau,  nenas,  bayam, strawberri, tomato, dan selada air. 

kekurangan:
  • lemah badan
  • sakit-sakit dan sengal-sengal badan
  • bengkak gusi
  • scruvy
  • animea    



VITAMIN E 

khasiat/fungsi:
Vitamin E adalah vitamin larut lemak yang disimpan di dalam organ tubuh seperti hati, jantung, kelenjar pituitari, testis, uterus, darah dan otot. Namun, yang menariknya vitamin E ini ialah, 60-70% darinya akan disingkirkan dari tubuh setiap hari (tidak semua disimpan dalam badan) dan ia tidak menjadi toksik seperti vitamin A.

  • Menjadikan anda tampak lebih muda dengan membantutkan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas.
  • -mencantikkan dan menampakkan wajah lebih muda dari usia. pengambilan yang berterusn akan mampu menghilangkan kedut, parut dan jeragat.
  • -Melindungi paru2 dari pencemaran udara.
  • -Meningkatkan kuasa sel-T untuk melawan penyakit.
  • -Anti oksidan.
  • -Membekalkan oksigen ke sel-sel badan.
  • -Mengurangkan risiko Alzheimer (nyanyuk).
  • -Mengurangkan risiko keguguran bagi wanita hamil.
  • -Menyelesaikan masalah kelesuan.
  • -Mengurangkan risiko parut yang besar.
  • -Merendahkan kadar kolesterol.
  • -Membantu mencegah kanser.
  • -Merendahkan risiko katarak.
-Vitamin E juga dikenali sebagai ‘vitamin cinta’ kerana ia boleh membantu dalam perhubungan suami isteri. Malah wanita hamil, menyusukan anak, mengambil sebarang pil hormon dan melalui fasa menopous memerlukan vitamin E.
sumber: minyak sayuran, sayuran berdaun hijau gelap, kacang, biji-bijian , dan semua bijirin. Vitamin E juga boleh didapati daripada beras perang, makanan daripada jagung,  telur, rumpai laut, hati yang dikeringkan, susu, oat, daging organ , kacang soya, ubi kentang, selada air, dan gandum. 
kekurangan: 
  • penuaan kulit sebelum masa
  • rambut gugur
  • anemia
  • kulit kusam   
 Kesimpulan
Vitamin-vitamin ni boleh di dapati dalam makanan semula jadi...macam sayur-sayuran, buah-buahan macam tu..tp, kadang2 seseorg tu perlu EXTRA dalam kehidupn seharian die.. macm Aisya, Aisya ambik vitamin EXTRA.. what I mean is.. ambik tablet vitamin.. Aisya ambik yg C ngn E punye... memang mmbantu sebb Aisya prasan perubahan makn vitamin2 ni... Vitamin A tak perlu kite ambik tambahan sebb vitamn A ni kite pkai skit je dalam badan..kalau lelebih nanti boleh jadi racun.. so..smpai sini je la k...tata... 
p/s: kalau nk vitmn c berfungsi..sile2 la minum air banyak ye.. hehe..